Monday 19 November 2012

Final Exam Datang Lagiiiiiiii......

Assalammualaikum.....

Semalam sy join satu program ni...kat kolej sy...nama program ni..."Academic Grooming Camp"...Dlm program ni...sy diajar teknik beljar yg berkesan n cara nak uruskan stress....so,dsini sy nak berkongsi la ngn anda semua sal program ni....:)

Teknik belajar yang berkesan

  1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.  Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari.  Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan.  Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam.  Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.
  2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza.  Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.  Jangan paksa diri anda.  Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika.  Iaitu lebih kurang 5 minit.  Selepas itu sambung semula belajar.  Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.  
  3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu.  Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
  4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.  Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan.  Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik.  Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.
  5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji.  Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
  6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya.  Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari.  Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.  Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".
  7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.  Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.
  8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
  9. Gunakan teknik membaca yang berkesan.  Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
  10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”.  Iaitu proses memanggil semula maklumat.
  11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain.  Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari.  Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
  12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun?  Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

    Cara Mengurus Dan Menangani Stress

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan cara hidup yang semakin mencabar menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Setiap orang pasti pernah mengalami stress. Tidak kira samada stress itu kecil atau besar, apa yang penting ialah bagaimana cara anda mengurus dan menangani stress tersebut. Cara mengurus dan menangani stress yang betul dapat menyelamatkan anda dari terus tertekan. jom kita baca kandungan seterusnya.

    Apa itu stress atau tekanan ?

    Tindak balas seseorang terhadap sesuatu masalah yang di hadapi dalam kehidupan.

    Apakah antara punca-punca Stress atau Tekanan ?
    Sifat peribadi 

    1. Mementingkan kesempurnaan & terlalu cerewet.
    2. Bercita-cita tinggi.
    3. Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba.
    4. Pemarah dan terlalu tegas.
    5. Pendiam dan sering memendam perasaan.
    6. Kekecewaan dan kegagalan.
    7. kesunyian dan kehilangan. 


    Keluarga 

    1. Karenah pasangan,ibubapa dan anak-anak. 
    2. Campur tangan orang ketiga.
    3. Kurang berkomunikasi.
    4. Masalah kewangan.


    Tempat Kerja

    1. Tugas yang berat.
    2. Ketua yang cerewet.
    3. Masalah orang bawahan.
    4. Membuat keputusan.
    5. Huraian tugas yang kabur.
    6. Masalah rakan sekerja.
    7. Persekitaran tempat kerja.


    Bahan Kimia

    1. Pengambilan ubat-ubatan.
    2. Dadah.
    3. Alkohol.


    Apakah Kesan-Kesan Strees atau Tekanan ?

    Masalah kesihatan

    Sakit kepala,
    Sakit belakang,
    Penyakit kulit,
    Darah tinggi,
    Sembelit. 


    Konflik Diri
     
    Putus asa,pesimis,sedih
    Membenci orang lain,kecewa
    Merasa diri dibenci, cepat letih,
    Buruk sangka, dan
    Tidak berdaya membuat keputusan.


    Memperbaiki Kelemahan
     
    Melahirkan daya kreatif.
    Meningkatkan keyakinan diri, dapat muhasabah diri.
    Meningkatkan prestasi.
    Mematangkan fikiran, dan
    lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan.


    Cara mengurus dan menangani stress

    1. Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress.
    2. Kenalpasti dan ambil langkah mengatasi stress.
    3. Tidak putus asa dengan usaha yg dilakukan.
    4. Jangan menyalahkan org lain ini akan meningkatkan stress.
    5. Meluahkan perasaan kepada kaunselor atau org yang dipercayai.
    6. Memupuk, mendisplinkan diri- bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri.
    7. Menjauhi dari orang yang boleh mnyebabkan anda stress.
    8. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
    9. Berpegang kepada landasan " bukan semua matlamat berhasil dengan sempurna".
    10. Bersikap optimis - berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
    11. Jaga kesihatan mental dan fizikal anda.
    12. Rancang cuti anda agar dapat merehatkan diri.
    13. Amalkan cara hidup sihat - jaga diet anda.
    14. Berpegang teguh pada ajaran agama, ia akan memberi ketenangan dan kedamaian.

    Lagi cara mengurus dan menangani stress

    1. Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda.
    2. Mendengar muzik atau beriadah.
    3. Gunakan teknik aromatherapy - wangian.
    4. Lakukan senaman dan urutan pada leher serta bahu.
    5. Luahkan perasaan kepada seseorang yang memahami anda.
    6. Maafkan kesalahan orang yang menyebabkan anda stress.
    7. Pastikan anda sentiasa senyum dan ceria.
    8. Genggam jari jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan menghembus nafas.
    9. Kunjungi tempat-tempat yang menarik.
    10. Perbanyakkan minum air kosong.
    11. Makan makanan yang mengandungi vitamain c.
    12. Menangis untuk menstabilkan emosi.
    13. Perbanyakkan aktiviti keagamaan.

    Haaa..ni la sy dapat kongsi gdn anda semua....sama2 kita amalkan untuk masa depan kita...insyaALLAH..kta semua berjaya didunia dan akhirat...AMIN...
    Wassalam....:)

No comments:

Post a Comment